• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Kembara Dakwah Dan Asnaf Bersama OBJ Daerah Bagan Datuk

Program Kembara Dakwah Dan Asnaf Bersama OBJ Daerah Bagan Datuk

Hutan Melintang - Telah berlangsungnya Program Kembara Dakwah Dan Asnaf Bersama OBJ Daerah Bagan Datuk, YDH Toh Seri Lela Paduka, Prof. Dr. Khalid bin Ismail pada 26 April 2019. Antara agensi yang terlibat adalah MAIPk Bagan Datuk, JAIPk, Pejabat Daerah dan Tanah, JKR, PDRM, APM, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, dan Penghulu Mukim. Turut sama hadir Orang Besar 32 Daerah Bagan Datuk, YDH Toh Mangku Diraja, Tuan Hj. Ahmad Zawawi. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab setiap agensi dan jabatan di daerah Bagan Datuk selain daripada membina ukhuwah dan merapatkan kerjasama diantara agensi.

Selain daripada taklimat daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah Bagan Datuk, Tuan Amin bin Safie, Persatuan Pengakap daripada SMK Sains Bagan Datuk serta APM Bagan Datuk telah bergotong royong mengecat dan membersihkan Maahad Tahfiz Sungai Manila. Antara lokasi yang terlibat adalah Masjid Sungai Manila, Surau Diri Jumaat Erong, Masjid Ulu Basir dan Masjid Ulu Bernam. Kesemua lokasi ini dipilih kerana kedudukanya yang jauh dan perjalanan yang ditempuhi agak mencabar apabila jentera kenderaan terpaksa menempuhi perjalanan "off road" sejauh 20km. Seramai 23 orang asnaf telah disantuni di rumah dan penyampaian bantuan di masjid oleh YDH OBJ Bagan Datuk. Jutaan terima kasih juga kepada pengerusi dan AJK masjid yang memberi kerjasama dari awal hingga ke akhir program dengan jayanya.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.