• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf Daerah Kampung Gajah

KAMPUNG GAJAH, 30 September 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan program Jejak Asnaf di Kg. Matang Tok Embin, Kg. Sungai Dua, Kg. Sungai Badak, Kg. Tersusun Balun Bidai dan Kg. Orang Asli Tangkai Cermin. Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat Ustaz, A.F Bakri bin Lee telah mengetuai program ini bersama Pegawai Baitulmal Daerah, Encik Muhammad Faiz bin Zakaria, para pegawai di bahagian agihan zakat serta pegawai dan kakitangan MAIPk Kampung Gajah. Program ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan asnaf. Hasil daripada program ini pihak MAIPk akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan membina dan membaikpulih rumah, bantuan perubatan dan bulanan kepada asnaf tersebut. Akhir sekali, pihak MAIPk mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban asnaf dalam menjalani kehidupan seharian.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.