• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Ziarah Ramadhan Daerah Batu Gajah

BATU GAJAH, 30 Mei 2018 Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk sekali lagi telah mengadakan program ziarah Ramadhan dan berbuka puasa bersama asnaf sempena Ramadhan 1439H. Program ziarah Ramadhan dan berbuka puasa ini menyasarkan kepada lima buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Lorong Mat Saman, Taman Chenderong Jaya, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 7 di daerah Batu Gajah. Program ziarah Ramadhan dan berbuka puasa bersama asnaf tersebut telah disertai oleh A.F Ustaz Ahmad Muzammil bin Arbain Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, A.F Ustaz Ahmad Fadzil bin Mustafa Pegawai Baitulmal Daerah Batu Gajah serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan, bantuan bina rumah MAIPk daerah Batu Gajah dan memberi bantuan barangan dapur, juadah berbuka puasa dan duit saku untuk setiap keluarga sempena bulan Ramadhan.















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.