• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Ceramah Pendakwah Korporat MAIPk di Hutan Melintang

Hutan Melintang - Bertempat di Masjid Al- Aziziah, Batu 10, berlangsung ceramah dari Pendakwah Korporat MAIPk , Imam Muda Jabbar dengan Tajuk "Tanam di Dunia, Tuai di Akhirat" pada 29 Mac 2019. Majlis dihadiri oleh Orang Besar 32 Daerah Bagan Datuk, YDH Toh Mangku Diraja, KDR(B) Ahmad Zawawi Bin Abd Aziz, Yang Berusaha,Tuan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, AF Ust Mohd Shahmer Mahzuz bin Mohd Zin, Pegawai penyelaras masjid Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, Af Ust, Mohd Shukor bin Abdillah yang bertindak selaku pengacara majlis, ahli - ahli jawatankuasa masjid, serta jemaah sekitar Kariah Masjid. Ceramah yang berlangsung hampir satu jam setengah tersebut nyata berjaya menambat hati jemaah yang hadir dan ditambah dengan pembukaan ceramah dengan alunan bacaan ayat suci Al Quran yang dibaca oleh Anak Sulung Imam Jabbar sendiri Ceramah diakhiri dengan solat isyak secara berjemaah,jamuan ringkas, dan sesi bergambar.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.