• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 25 Mei 2019 Majlis Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada enam buah syarikat berjumlah RM6,895,113.54. Majlis Penyerahan Zakat dimulakan dengan Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Wahi, Pengurus Besar Simpanan & Pengeluaran telah menyerahkan zakat sebanyak RM5,785,570.19. Diikuti dengan Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwakili Encik Mohd Suffian Haji Haron selaku Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan telah menyerahkan zakat sebanyak RM350,000.00. Ladang Moccis Sdn. Bhd. pula yang diwakili oleh YBhg. Dato Ahmad Sobri bin Wan Teh selaku Pengerusi Eksekutif pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM269,000.00 dan zakat berjumlah RM247,806.35 pula telah diserahkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu YABhg. Tan Sri Dr. Mohamed Munir bin Abdul Majid.

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad yang diwakili YBhg. Dato Ab Ghani Mohd Ali sebagai Pengerusi pula menyerahkan zakat sebanyak RM125,000.00. Penyerahan yang terakhir telah diserahkan oleh Celcom AXIATA Berhad yang diwakili oleh Puan Noorianti Zainol Abidin selaku Pengurus Akaun dengan menyerahkan zakat sebanyak RM117,737.00.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.