• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Taklimat Zakat Perniagaan kepada Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Sg.Manik/Labu Kubong

Lawatan Kerja Maipk Ke Lembaga Zakat Negeri Kedah

Kulim – Pada 23 Julai 2019, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjalankan lawatan kerja ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Seramai lima pegawai MAIPk menyertai lawatan ini diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Bakri bin Lee,  dan telah disambut oleh Ketua Jabatan Agihan LZNK, Tuan Haji Hamidi Bin Mohd Nor dan Ustaz Mohd Khairi Ishak, Pegawai Zakat Daerah Kulim yang bertempat di Pejabat Zakat Daerah Kulim. Tujuan lawatan kerja ini adalah berkongsi idea serta gerak kerja daripada kedua-dua belah pihak disamping memberikan penerangan berkaitan Program Food Bank LZNK dan perlaksanaan lantikan Penolong Amil Kariah di seluruh Negeri Kedah. Lawatan kerja ini turut melihat pelaksanaan kaedah ini di Masjid Asy-Shakirin, Padang Terap yang menempatkan makanan atau “Food Bank”. Lawatan kerja ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam membantu memberi manfaat kepada asnaf di kedua-dua buah negeri dan seterusnya mencapai visi dan misi yang ingin dicapai.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.