Program Jejak Asnaf MAIPk Daerah Manjung

MANJUNG, 27 Ogos 2019 – Bagi menterjemahkan dan memperkasakan  keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf  di sekitar daerah Manjung. Program Jejak Asnaf  ini telah menyantuni  enam buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Kampung Teluk Pencalang, Jalan Padang Tembak , Kampung Batu 4 Segari, Pantai Remis dan dua buah rumah di Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar daerah Manjung. Program Jejak Asnaf ini telah diketuai  oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Unit Agihan Zakat Ustaz, Encik Ahamad Muzammil bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah Manjung, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor  serta pegawai-pegawai MAIPk daripada ibu pejabat dan daerah Manjung. Program ini bertujuan menziarahi dan menyantuni para asnaf dengan memberi bantuan kewangan bulanan, bantuan sampan dan enjin, bantuan barangan dapur dan wang saku untuk setiap keluarga termasuk bantuan bina rumah dan sewa rumah juga akan diberikan kepada asnaf yang memerlukan.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.