Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Di Antara Pkeinpk Sdn Bhd (Psb) Iaitu Anak Syarikat Maipk Bersama Selgate Healthcare Sdn. Bhd., Raudhah City Sdn. Bhd. Dan Uitm Holdings Sdn. Bhd.

IPOH, 06 September 2019-  Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) telah diadakan bagi pembangunan tanah milik MAIPk yang akan dimajukan oleh PKEINPk Sdn Bhd (PSB) di atas Lot 529944 Bandar Meru Raya dalam Bandar Ipoh serta usahasama dibidang penjagaan kesihatan di Negeri Perak.  PSB selaku anak syarikat MAIPk telah melaksanakan perniagaan dalam bidang perladangan, hartanah dan kesihatan. PSB sedang menguruskan beberapa projek pembangunan hartanah di negeri Perak termasuk pembangunan tanah Wakaf dan tanah Baitulmal yang diselenggara oleh MAIPk. Aktiviti perniagaan PSB turut menyumbang kepada kepesatan ekonomi Negeri Perak.

PSB akan menjalinkan usahasama pembangunan dengan beberapa pihak yang berminat untuk membangunkan sektor perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan, serta pembangunan hartanah iaitu Selgate Corporation Sdn Bhd, Raudhah City Sdn Bhd dan UiTM Holdings Sdn Bhd.Selgate Healthcare Sdn Bhd adalah anak syarikat Selgate Corporation Sdn Bhd yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhasrat untuk menjalinkan usahasama dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Ipoh Perak. Selgate Healthcare juga telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak untuk melaksanakan program Perak Prihatin - Skim Kad Makanan dan Kesihatan - bagi kemaslahatan golongan miskin di Perak.

Selain itu, Syarikat Raudhah City Sdn Bhd yang merupakan pemaju hartanah di Cyberjaya juga berhasrat untuk menjalinkan usahasama bagi pembangunan perumahan dan pendidikan di atas sebahagian Lot 529944 dengan melibatkan jenama Brainy Bunch yang terkenal dengan pendidikan berteraskan Islam. UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB), melalui anak syarikatnya, iaitu UiTM Private Healthcare Sdn Bhd (UPHSB) telah meluaskan sayap perniagaan di dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan sejak tahun 2016. UPHSB kini menguruskan UiTM Private Specialist Centre (UPSC) yang terletak di Fakulti Perubatan UiTM, Kampus Sungai Buloh, Selangor.

UPSC merupakan sebuah unit hospital swasta pelbagai disiplin yang memiliki lesen operasi penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai jumlah pakar melebihi 90 orang daripada pelbagai bidang kepakaran yang menawarkan perkhidmatan perubatan dan pembedahan. UPSC menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pembedahan “minimally invasive” dalam bidang Jantung & Paru-Paru.  Selain itu, UPSC menggunakan peralatan perubatan moden dan berteknologi tinggi antaranya pembedahan robotik yang dikenali sebagai “Da Vincci”. Ianya digunakan dalam bidang-bidang pembedahan seperti Cardiothoracic, Kepala dan Leher dibawah kepakaran bidang ENT, Urologi, Sakit Puan, Kolorektal dan sebagainya yang dikendalikan oleh pakar-pakar yang bertauliah. Aspirasi teras UPSC adalah bagi mempromosikan budaya inovasi dan konsisten mengikuti perkembangan teknologi dalam bidang perubatan. UPSC juga sedia memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyediakan rawatan klinikal yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan para pesakit.

Pada  Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ini  disaksikan oleh YBrs. Encik Khairul Shahrul Bin Amin, Pegawai Khas Kedua Menteri Besar Perak. Turut hadir, YABhg. Dato’ Seri Mohd Annuar Bin Zaini, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn Bhd , YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Hashim Bin Ahmad Tajudin, Pengerusi PSB, Tuan Abd Rahman Bin Abdullah Thani, Ketua Pegawai Eksekutif PSB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.