Program Jejak Asnaf Daerah Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 24 September 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan program Jejak Asnaf Daerah Kuala Kangsar di Mukim Lubok Merbau, Mukim Kota Lama Kiri dan Mukim Chegar Galah. Timbalan Pegawai Ketua Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari telah mengetuai program ini bersama Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Wan Abdul Halim  Hafiidz Mohd Amin serta para pegawai di bahagian agihan zakat dan kakitangan MAIPk Kuala Kangsar. Sepanjanag program ini sebanyak sembilan buah rumah telah diziarahi dan disantuni.

Program Jejak Asnaf MAIPk  dilihat amat baik dan menepati makna agihan zakat itu sendri  kerana pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung. Hasil kunjungan yang dijalankan, pelbagai jenis bantuan akan dipertimbangkan oleh pihak MAIPk seperti bantuan perubatan, bantuan kewangan bulanan dan bantuan bina rumah sebagai langkah susulan dari program jejak asnaf ini agar nasib mereka akan terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.