Program Jejak Asnaf Daerah Lenggong

LENGGONG, 24 September 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan program Jejak Asnaf di Mukim Lenggong, Temelong dan Durian Pipit. Timbalan Pegawai Ketua Eksekutif (Pengurusan)  MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman telah mengetuai program ini bersama Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri Bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, Encik Mohd Azwari bin Mohd Izroi, para pegawai di bahagian agihan zakat dan kakitangan MAIPk Lenggong. Pada program ini sebanyak enam buah rumah asnaf telah disantuni.

Pihak MAIPk sentiasa terus peka dalam usaha membantu masyarakat asnaf fakir miskin. Pihak MAIPk melalui program Jejak Asnaf ini menyalurkan bantuan segera kepada asnaf di samping hasil daripada ziarah ini, pelbagai skim bantuan lain turut akan dilaksanakan seperti bantuan baik pulih rumah, bantuan baik rumah, bantuan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan perubatan dan sebagainya mengikut keperluan asnaf-asnaf tersebut.















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.