Bicara Zakat “Keberkatan Harta”

GERIK,  02 OKTOBER 2019 - Bertempat di Surau Batalion Ke - 4 Rejimen Sempadan Gerik, telah berlangsung satu program Bicara Zakat dengan tajuk “KEBERKATAN HARTA”  yang disampaikan oleh A.F Ustaz Latif bin Talib, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk. Program ini dihadiri oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mejar Mohd Shafuddin bin Ismail dan disertai oleh lebih 200 anggota. Program berbentuk ceramah ini menekankan betapa pentingnya rezeki yang diperolehi itu mendapat berkat dari Allah SWT Keberkatan rezeki ini bermula dari awal sumber hinggalah ke arah mana ia dibelanjakan. Selain itu, penceramah juga menyelitkan beberapa kisah hikmahnya apabila kita mempunyai sifat “memberi” yang tinggi disamping ganjaran yang Allah SWT janjikan. Di akhir program, kesemua anggota membuat 5 kumpulan dan diletakkan setiap kumpulan 2 orang kakitangan MAIPk sebagai rujukan serta tunjuk ajar cara mengisi borang potongan zakat. Alhamdulillah, borang yang dapat dikumpul semula pada hari yang sama ialah sebanyak 157 borang dan jumlah bayaran sebanyak RM4900 sebulan bersamaan RM58,800 setahun. Semoga semua anggota tentera mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT  seterusnya dapat menabur bakti pada negara ditambah dengan keberkatan dari Allah SWT.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.