Program Kembara Prihatin Ummah MAIPk Dan Koperasi Angkasa

TAIPING, 29 Oktober 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Angkasa yang terdiri daripada beberapa buah koperasi telah melaksanakan Program Kembara Ummah ini. Program berkonsepkan konvoi & ziarah seperti ini memberi peluang setiap peserta melihat sendiri secara langsung peranan yang dimainkan oleh MAIPk bagi membantu dan memperkasakan masyarakat melalui Dana Zakat. Para Peserta dibawa untuk menziarah penerima Bantuan dalam skim pemerkasaan asnaf iaitu Projek Penanaman Cili Fertigasi, Bantuan Bina Rumah dan Projek Kabin Gunting Rambut dan bantuan dialisis daripada MAIPk disekitar daerah Taiping. Selepas selesai lawatan, bertempat di Hotel Perdana, Taiping  telah diadakan Majlis Penutup seterusnya Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Azam Bhd. yang telah menunaikan Zakat Peniagaan berjumlah RM7,074.47 bagi tahun 2018 yang  disempurnakan oleh Tuan Haji Rosli Bin Haji Basri Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak dan Pembangunan Syariah manakala pihak MAIPk diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPk, YBrs. Encik Shahrul Azam bin Shaari telah menerima zakat tersebut. Program Kembara Ummah ini merupakan platform yang terbaik untuk setiap agensi atau individu korporat menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara seislam yang kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka. Semoga program seperti ini , mampu menarik lebih ramai agensi dan individu korporat di luar sana untuk terus konsisten menunaikan fardhu zakat di MAIPk bagi membela nasib para asnaf di Negeri Perak khususnya.
















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.