Perhimpunan Bulanan MAIPk 2019

IPOH, 12 November 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk 2019 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, KIDR. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kebesaran Negeri Perak, bacaan doa dan bacaan ikrar pekhidmat. Acara utama dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari. Acara diteruskan dengan Persembahan Montaj aktiviti MAIPk sepanjang bulan Mei hingga November, Perkhidmat MAIPk yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2019 dan gambar anak pekhidmat MAIPk yang lahir pada tahun 2019. Majlis kemudian diteruskan dengan amanat Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu iaitu Tuan Shahrul Azam bin Shaari  kepada pekhidmat MAIPk. Amanat yang telah disampaikan oleh KPE MAIPk mengandungi tiga intipati utama iaitu Cabaran, Tanggungjawab dan Pesanan. Semoga, semua pesanan dan amanat yang telah disampaikan oleh KPE MAIPk dapat kita ambil sebagai panduan dan pedoman.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.