• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Perhimpunan Bulanan MAIPk

Ipoh, Khamis 7 Februari 2013 - MAIPk telah mengadakan perhimpunan bulanan bil 1/2013 yang kali pertama pada tahun 2013. Gabungan pejabat MAIPk daerah yang terdiri daripada MAIPk Teluk Intan, Kampar, Kg Gajah, Batu Gajah, Tapah dan Slim River telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan Tertinggi MAIPk sebagai pengelola dan urusetia untuk majlis perhimpunan bulanan tersebut. Majlis telah dimulai dengan nyanyian Negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar, makluman berita-berita semasa MAIPk dan acara utama iaitu ucapan Y.Bhg Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Di antara intipati ucapan Y.Bhg Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin ialah, beliau menjelaskan bahawa kutipan zakat pada tahun 2012 ialah sebanyak 99.5 juta. Dan kutipan di semua daerah juga telah menunjukkan peningkatan. Ini disebabkan semua pihak telah bertungkus lumus dalam usaha meningkatkan kutipan zakat. Beliau menjelaskan bahawa pada tahun 2013 kutipan yang disasarkan ialah sebanyak 110 juta dimana ibupejabatmensasarkan kutipan sebanyak 77 juta. Disamping itu kutipan Bhg Hartanah jugamenunjukkan peningkatan dimana sebanyak RM6.4 juta berjaya dikutip. Beliau juga menegaskan supaya data info tanah wakaf dan baitulmal perlu terus dikemaskini dan deskripsi tanah perlu ada. Disamping itu, Bahagian Pembangunan Ummah akan membuat persempadanan khariah dan akan link dengan sistem e-hartanah dan e masjid.Dari segi kewangan MAIPk akan melaksanakan e-spb iaitu sistem perakaunan bersepadu dalam semua aspek yang melibatkan kewangan. Penekanan terhadap kursus akan terus diperkasakan sebagai satu elemen untuk memperbaiki diri dalam aspek pekerjaan. Majlis tersebut diteruskandengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh S.F Tuan Hj Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.Pada sebelah petang pula diadakan Taklimat dan Kaunter pemeriksaan kesihatan / derma darah oleh Unit Pendidikan Kesihatan & Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Selain daripada mendengar amanat Y,Bhg Dato Dr. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, perhimpunan yang diadakan ini akan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara pengkhidmat-pengkhidmat MAIPk sama ada di peringkat

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.