• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Koperasi-Koperasi Menunaikan Zakat Perniagaan

IPOH Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan pada 13 September 2013 di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Sebanyak empat koperasi menyerahkan zakat kepada MAIPk yang diwakili oleh Dato' Haji Mohamah Nor bin Mansor, Penasihat Agama MAIPk. Koperasi-koperasi yang terlibat ialah Koperasi Guru-Guru Melayu Kuala Kangsar dan Hulu Perak Berhad berjumlah RM93,969.01 diwakili oleh Tuan Haji Yunus bin Haji Mohamed Jadidi, Koperasi Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan Berhad berjumlah RM21,403.40 dan Koperasi Pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun Berhad berjumlah RM605.38 diwakili oleh Encik Azmir bin Othman serta Koperasi Azam Berhad berjumlah RM5,330.22 diwakili oleh Encik Othman bin Ghazali.

Jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang diserahkan kepada MAIPk ialah RM121,308.01. Pihak MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan koperasi-koperasi terbabit kerana menunaikan salah satu kewajipan dalam Islam. Didoakan koperasi-koperasi tersebut terus maju dan diberkati dalam perniagaan yang diusahakan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.