• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Majlis Berbuka Puasa

KUALA KANGSAR Majlis Penyerahan cek-cek zakat perniagaan dan Majlis berbuka puasa serta solat Tarawih bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah diadakan pada 12 13 Julai 2014 bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Pada 12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadhan 1435H, tiga (3) buah agensi telah menyerahkan cek-cek zakat perniagaan yang keseluruhan berjumlah RM 450,000.00. Agensi tersebut ialah Hedd Industries Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBhg. Dato Haji Musa Bin Nordin telah menyerahkan cek berjumlah RM 210,000.00, Smart Aladdin Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBrs. Encik Johaizal bin Dato Hj. Musa telah menyerahkan cek berjumlah RM 180,000.00 dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Tarmizi bin Taib telah menyerahkan cek berjumlah RM60,000.00.

Pada 13 Julai 2014 bersamaan 15 Ramadhan 1435H, tiga (3) buah agensi telah menyerahkan cek-cek zakat perniagaan yang keseluruhan berjumlah RM 998,483.00. Agensi tersebut ialah PKEINPk Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Tarmizi bin Taib telah menyerahkan cek berjumlah RM 760,000.00, Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Munir Abdul Majid telah menyerahkan cek berjumlah RM 205,483.00, dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) yang diwakili oleh YBrs. Encik Muhammad Fajruddin bin Abdul Salam telah menyerahkan cek berjumlah RM 33,000.00. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.