• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Gotong Royong Rumah Saudara Baru Di Slim River

Pada 25 Mei 2015 (Isnin), Pejabat MAIPk Slim River telah mengadakan majlis gotong royong rumah saudara baru di Slim River beralamat di No.22,Kg Baru Slim River, Slim River. Lokasi premis tersebut terletak di tengah-tengah pekan Slim River. Rumah tersebut yang diduduki oleh Encik Abdullah bin Sarut berumur 56 tahun tinggal bersama isteri beliau Aminah Lehmi Binti Abdullah yang berumur 59 tahun.

Mereka yang telah tinggal di situ semenjak tahun 2006 mempunyai enam orang anak iaitu empat lelaki dan dua perempuan. Namun demikian anak-anak mereka masing-masing telah berkeluarga dan membawa haluan hidup masing-masing.Lebih menyedihkan lagi anak-anak mereka tidak datang atau jarang-jarang balik menjenguk ibubapa mereka.

Encik Abdullah yang menyara kehidupan dengan mencari sayur paku untuk dijual di pasar Slim River sementara isteri beliau pula bekerja sebagai tukang cuci pinggan di kedai makan. Memandangkan keadaan rumah yang tidak terurus, maka Pegawai Baitulmal Daerah Slim River telah mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan keadaan rumah tersebut.

Operasi yang diketuai sendiri oleh Encik Zulbadzli selaku Pegawai Baitulmal Daeran Slim River turut dibantu oleh staff-staff dari Pejabat MAIPk serta juga dari JAIPk Slim River. Operasi bermula dengan mengasingkan barang-barang yang perlu dilupuskan dan barang-barang yang masih boleh digunakan. Operasi tersebut berakhir pada jam 1.30 petang. Di akhir majlis, Pegawai Baitulmal Daerah Slim River telah menyampaikan cederahati dalam bentuk hamper dan beras.

Pihak MAIPk Slim River juga telah memberikan sumbangan dalam bentuk tikar getah, singki, penyangkut baju, rak pinggang, peralatan mencuci lantai. Semoga Encik Abdullah bin Sarut dan isteri dapat meneruskan kehidupan dengan suasana yang baru dan teratur.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.