• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Dato Sheikh Mohamah Nor dilantik

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor telah dilantik sebagai Pegawai Agama MAIPk pada 16 September 2011. Beliau merupakan orang pertama dilantik ke jawatan yang baru diwujudkan di MAIPk. Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak sebagai Yang Dipertua MAIPk.

Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor merupakan anak kelahiran Kg. Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perak pada tahun 1981. Pada tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit Kariah, Jabatan Agama Islam Perak. Beliau kemudian telah dilantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid pada tahun 1990 sehingga 2004 dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah pada tahun 2005. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menggantikan Dato Jamry bin Sury.

Beliau mempunyai penglibatan yang luas di dalam masyarakat. Antaranya ialah menjadi Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, hakim Tilawah Al-Quran di peringkat negeri dan kebangsaan, jemputan khas di dalam rancangan-rancangan televisyen dan Radio 3 Perak, panel Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak dan Pengasas merangkap Pengerusi Lembaga Koperasi Masjid Perak KOMAS Berhad.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.