• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bengkel Pemurnian Perjawatan

TAIPING: Majlis Agama Islam dan€Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Perjawatan MAIPk pada 21 hingga 23hb Februari 2012 bertempat di Hotel SSL Traders, Taiping, Perak. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 22 orang pegawai dari MAIPk.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan beberapa cadangan pindaan dan perubahan perjawatan sama ada di peringkat bahagian, unit dan daerah yang berkaitan. Selain itu, perbincangan ini juga merangkumi susun atur perjawatan MAIPk dalam membentuk organisasi yang lebih teratur dan kemas bagi memastikan pengurusan MAIPk lebih proaktif dan maju pada masa hadapan. Bengkel dimulakan dengan Pembentangan Pelan Strategik Majlis 2012-2016 yang dibentangkan oleh YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan kemudian diteruskan dengan bengkel pemurnian perjawatan Majlis. Bagi melancarkan lagi sesi bengkel tersebut, setiap pegawai dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kumpulan Pembangunan Ummah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Zakat, Bahagian Hartanah, Bahagian Kewangan dan Daerah untuk memudahkan sebarang perbincangan yang berkenaan dengan perjawatan atau bahagian masing-masing.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.