• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Tahniah Pelajar Dermasiswa Luar Negara MAIPk

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt di atas keizinannya, MAIPk telah menerima makluman daripada Atase Pendidikan Perak atas kecemerlangan pelajar-pelajar tajaan dermasiswa MAIPk dalam peperiksaan Imtihan Qabul yang telah dijalankan pada 17 Mei 2017 yang lalu.
Ini merupakan satu penghargaan yang besar kepada MAIPk dimana 97 orang daripada 109 pelajar tajaan MAIPk telah melayakkan diri mengikuti kuliah pada tahun ini manakala 12 orang lagi layak kuliah pada tahun hadapan.
Pencapaian ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan dimana rekod tahun 2016, hanya 8 orang pelajar sahaja yang berjaya mengikuti kuliah pada tahun yang sama (2016) daripada 125 orang pelajar tajaan MAIPk dan selebihnya 117 mengikuti kuliah pada tahun berikutnya (2017).
Malahan, ini menunjukkan satu pencapaian kecemerlangan yang besar kepada Negeri Perak sepanjang tempoh Imtihan Qabul mula diadakan.
MAIPk mengucapkan terima kasih kepada pihak Atase Pendidikan Perak di atas cadangan kelas insentif bahasa dijalankan di Mesir dengan kerjasama antara MAIPk bersama Aleem Centre. Kelas intensif Bahasa Arab ini telah dijalankan selama dua minggu sebagai persiapan sebelum menduduki Imtihan Qabul. MAIPk telah menyediakan peruntukan dana zakat berjumlah RM30,000.00 untuk membiayai keseluruhan 109 pelajar dalam program ini.
Harapan MAIPk dan pihak Atase Pendidikan Perak, semoga pelajar-pelajar ini berusaha dengan gigih mengutip ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjadi tabung ilmu untuk kalian dan semoga ilmu ini disebarkan dan dikongsikan apabila pulang ke Malaysia.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.