• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk terima kunjungan MAIJ

12 Oktober 2012 , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ini menerima kunjugan delegasi daripada Majlis Agama Islam Johor. Seramai empat orang pegawai daripada Bahagian Pungutan, Majlis Agama Islam Johor yang diketuai oleh Ustaz Mustaffa bin Omar, Ustaz Jasdi bin Hassan, Cik Hamimah binti Azhari dan Cik Hidayah.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diketuai oleh Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman selaku Ketua Penolong Setiausaha MAIPk. Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman telah mengalu-alukan kedatangan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Johor.

Ketua delegasi daripada Majlis Agama Islam Johor telah menerangkan tujuan lawatan serta menjelaskan serba ringkas peranan dan sasaran kutipan Majlis Agama Islam Johor bagi tahun 2012, iaitu sebanyak RM 120 juta. Ustaz Bakri bin Lee telah menerangkan berkenaan organisasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Beliau juga menjelaskan bahawa struktur pentadbiran antara Jabatan Agama Islam telah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Perlantikan amil juga diuruskan oleh Bahagian Zakat dan terdapat enam belas pejabat MAIPk di peringkat daerah. Ustaz Bakri juga menerangkan berkenaan perlantikan Amil Institusi yang terdiri daripada IPTA dan IPTS seperti UiTM, Politeknik, UPSI dan UTP dimana sebanyak 4/8 dikembalikan semula kepada IPTA dan IPTS berkenaan. Selain daripada itu, terdapat amil institusi iaitu FELCRA Seberang Perak dimana bahagian amil dikembalikan kepada FELCRA sebanyak 1/48. Selain itu terdapat ejen dari organisasi seperti bank-bank dan pejabat pos. Untuk pembayaran zakat perniagaan dari kalangan syarikat korporat, sebanyak 4/8 dikembalikan kepada syarikat berkenaan. Lain-lain topik yang dibincangkan semasa lawatan tersebut ialah mengenai ASB, zakat KWSP, zakat pendapatan, fatwa mengenai ASB, Jawatankuasa Zakat dan Baitulmal, Amil Harta dan Profesional, sumber kuasa pengurusan zakat, enakmen zakat, perlantikkan dan tauliah Amil Fitrah, pemantauan terhadap amil-amil, aspek-aspek kewangan, bantuan kewangan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Johor telah bertukar-tukar cenderamata dan bergambar kenang-kenangan di akhir sesi lawatan. Lawatan tersebut telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua badan pelaksana pengurusan zakat di negara ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.