Program Penyerahan Pakaian Dan Kelengkapan Persekolahan Murid Orang Asli Islam
Lenggong, 21 Januari – Program Penyerahan Pakaian dan Kelengkapan Persekolahan Murid Orang Asli Islam diteruskan lagi pada minggu ini di Daerah Lenggong. Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) kali ini memilih Surau Ar Raudhah, Kampung Orang Asli Sungai Kara, Lenggong melibatkan 36 orang pelajar Orang Asli Islam di sekitar kawasan tersebut.
Penyerahan pakaian dan kelengkapan persekolahan disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi.
Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Lenggong, AF Ustaz Mohd Halim bin Mat Saman, Penghulu Orang Asli Islam KOA Sungai Karah Lenggong, Encik Rama bin Busu dan Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, Tuan Haji Zul-Azri bin Hosaini.
Semoga dengan usaha ini, ia bukan sahaja meringankan beban keluarga, malah memberikan dorongan moral yang penting kepada pelajar Orang Asli Islam untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih semangat dan yakin.