Zakat
Setiap rezeki yang kita miliki adalah anugerah daripada Allah SWT. Salah satu cara untuk menunjukkan rasa syukur atas nikmat itu adalah dengan menunaikan zakat.
Zakat bukan sekadar kewajipan, ia adalah tanda terima kasih kita kepada Pemberi Rezeki dan sumbangan yang amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
Sedikit daripada kita, besar ertinya buat mereka. Syukur itu indah apabila rezeki dikongsi bersama. Tunaikan zakat, suburkan berkat.