PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 4/2025
LENGGONG, 30 JUN 2025 – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4/2025 berlangsung di Dewan Al-Abqari, MRSM Lenggong. Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Munawir bin Mohamed Noh turut hadir bagi menyantuni para pelanggan serta mendengar sendiri pandangan dan maklum balas yang dikongsikan.
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
Semoga dengan keprihatinan dan sokongan semua pihak, tiada yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya, dan potensi wakaf dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan ummah.





