• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Usaha Awal Bina Rumah Inap Musafir, MAIPk Lawat Rumah Ronald McDonald (RMHC)

Usaha Awal Bina Rumah Inap Musafir, MAIPk Lawat Rumah Ronald McDonald (RMHC)

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan lawatan ke Rumah Ronald McDonald (RMHC) di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur bagi mendapatkan input berkaitan penubuhan, operasi serta konsep pengurusan rumah inap keluarga pesakit khususnya bagi kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital tersebut.

Lawatan ini turut membuka ruang ke arah usaha mewujudkan kerjasama strategik antara MAIPk dan RMHC, seiring dengan hasrat MAIPk untuk membangunkan Rumah Inap Musafir berhampiran hospital bagi kemudahan golongan musafir, ahli keluarga pesakit dan masyarakat umum.

Delegasi MAIPk yang diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Wakaf, Norfazilah binti Bawadi, telah disambut mesra oleh Pengurus Besar RMHC Malaysia , Mohd Nasri Mohd Nordin, serta Pengurus Rumah Ronald McDonald, Hospital Tunku Azizah, Siti Fikriah Wan Ismail.

Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan projek wakaf yang lebih inklusif dan berimpak tinggi demi manfaat ummah.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.