Salam Takziah
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Dr. Haji Mohamad Noor Ropiah bin Abu Bakar, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Zakat dan Wakaf Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2025 (Ahad) bersamaan 18 Jamadilawal 1447H.
Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada MAIPk, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan zakat dan wakaf di negeri Perak. Sumbangan, jasa dan bimbingan yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan dan doa.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi, diampunkan segala dosa dan kesilapan, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, maafkanlah segala kekhilafannya, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat persemadiannya, dan kurniakanlah ketabahan serta kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.








