MAIPk SERI ISKANDAR SERAH BANTUAN BINA RUMAH KEPADA ASNAF DI BOTA
BOTA, 24 November 2025 — Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Cawangan Seri Iskandar diwakili oleh Pengurus Cawangan MAIPk Seri Iskandar, Ahmad Fadzil bin Mustaffa, menyempurnakan penyerahan bantuan bina rumah berkeluasan 680 kaki persegi (3 bilik) kepada Encik Mohd Hasrul bin Mat Daud, di Kampung Teluk Kepayang, Bota.
Melalui inisiatif ini, MAIPk menyalurkan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM79,800.00, termasuk perabot bernilai RM5,000.00 yang dibiayai melalui wakalah Bank Rakyat.
Bantuan ini diharap dapat memberikan keselesaan serta menjamin kehidupan yang lebih sejahtera kepada penerima sekeluarga.










