• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Encik Bakri bin Lee, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi menyerahkan Surat Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar. Beliau telah dilantik sebagai Anggota MAJLIS berkuat kuasa mulai 19 November 2025 hingga 31 Disember 2025.

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara MAIPk dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, terutamanya dalam usaha memperkasa agenda pendidikan pelajar asnaf melalui program yang lebih tersusun, berfokus dan menyeluruh. Ia juga membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam mempertingkatkan sokongan pendidikan kepada pelajar Orang Asli beragama Islam di negeri Perak, sejajar dengan komitmen MAIPk untuk memastikan kesejahteraan ummah melalui pembangunan modal insan berkualiti.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah kepada Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar atas pelantikan ini. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sekali gus memperkukuh peranan institusi dalam memartabatkan pendidikan dan memperluas manfaat kepada masyarakat Islam di negeri Perak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.