MAIPk TAPAH SERAHKAN BANTUAN BAIKPULIH MASJID JAMEK AR RAHMANIAH, CHENDERIANG
TAPAH, 04 Disember 2025 – Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin telah mengadakan kunjungan hormat ke Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Ar Rahmaniah, Chenderiang, bagi menyerahkan surat kelulusan Bantuan Baikpulih Masjid. Pihak MAIPk telah meluluskan permohonan bantuan baikpulih masjid sebanyak RM50 ribu.
Dengan kelulusan bantuan ini dapat membantu Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid bagi membaikpulih sebahagian kerosakan pada bangunan masjid seperti menggantikan serta memasang bumbung yang baharu bagi ruangan solat hadapan, penggantian jubin di hadapan ruang solat utama yang retak dan pecah, pengubahsuaian pintu di ruangan solat hadapan dan mengecat bahagian luar dan dalam masjid beserta kawasan pagar.
Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat menjadikan kawasan masjid selamat dan tenang untuk melakukan ibadah. Di samping itu, kawasan masjid menjadi kawasan yang selamat serta boleh melakukan pelbagai aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.








