• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • 42,006 ASNAF TERIMA BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAIPk BERJUMLAH RM12.6 JUTA

42,006 ASNAF TERIMA BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAIPk BERJUMLAH RM12.6 JUTA

IPOH, 6 Mac 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tahun 1447H/2026M, sempena majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Perak di Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas, Seri
Iskandar.

Pada majlis itu, dana zakat berjumlah RM12,601,800.00 telah diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 42,006 orang penerima terdiri daripada asnaf fakir, miskin, muallaf di seluruh negeri Perak. Penerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dipilih daripada senarai asnaf fakir dan miskin yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid dan Surau Diri Jumaat di negeri Perak.

Selain itu, bantuan ini turut dipanjangkan kepada semua penerima bantuan kewangan bulanan dan bantuan hemodialisis asnaf fakir dan miskin turut menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri di bawah dana zakat MAIPk.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.