MAIPk PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH
BATU GAJAH, 7 Mei 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) diketuai oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini. Turut hadir Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi serta Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal A/L Socklingam.
Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pembangunan sahsiah, pendidikan serta pemerkasaan insan.
Delegasi turut dibawa melawat fasiliti kulinari dan Akademi Az-Zahrah bagi meninjau pelaksanaan program pembangunan kemahiran dan pendidikan yang dijalankan.










