MAIPk MENINJAU CADANGAN PENUBUHAN BENGKEL SONGKOK DI PENJARA TAPAH
TAPAH, 14 Mei 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Bahagian Pemerkasaan Asnaf telah mengadakan lawatan tapak ke Penjara Tapah bagi meninjau cadangan penubuhan Bengkel Songkok sebagai inisiatif pembangunan kemahiran dan pemerkasaan penghuni institusi.
Delegasi MAIPk diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, En. Amirudin bin Osman bertujuan menilai kesesuaian lokasi, kemudahan sedia ada serta potensi pelaksanaan projek yang mampu memberi nilai tambah kepada program latihan kemahiran penghuni Penjara Tapah.
Sesi lawatan turut melibatkan taklimat ringkas serta tinjauan ke cadangan tapak Bengkel Songkok di Bengkel Tekat Wanita bagi melihat keperluan pelaksanaan dan ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Inisiatif ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran, meningkatkan potensi penjanaan pendapatan serta menyokong usaha pemulihan dan pembangunan sahsiah penghuni institusi secara lebih holistik dan berimpak.








