• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Kandungan

Polisi e-Penyertaan

POLISI e-PENYERTAAN

Laman Web Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah maju setapak lagi untuk menyediakan dasar yang tepat untuk rakyat bagi menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di Laman Web.


MAIPk mengalu-alukan anda melayari laman web pentadbiran ini. Kami menghargai penggunaan alat yang kami sediakan melalui laman web kami. MAIPk bergantung kepada penyertaan dan sumbangan anda yang amat berharga untuk membangunkan program-program dan komunikasi dua hala.


Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami, laman web MAIPk memakai beberapa peralatan untuk meningkatkan komunikasi dua hala, iaitu melalui maklumbalas dan undian/bancian. Di samping itu, laman web ini membolehkan interaksi dalam rangkaian media sosial seperti Facebook.


Oleh itu, MAIPk mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi perkara-perkara yang berikut :-

1. Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik.
2. Gunakan bahasa yang sesuai.
3. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.


Saluran komunikasi :

Hubungi
Kami :
Hubungi Kami
Maklumbalas
Facebook
Twitter
Instagram

Ibu Pejabat



Google IconsMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Alamat Pejabat Pentadbiran Daerah

Waktu Berurusan
Isnin - Khamis : 8.00 pg - 1.00 ptg | 2.00 ptg - 5.00 ptg
Jumaat : 8.00 pg - 12.15 tgh | 2.45 ptg - 5.00 ptg

phone 05 208 4000
fax 05 241 4257

TERKINI! Emel Rasmi MAIPk Telah Bertukar Dari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang Urusan Boleh Melalui Emel Terkini Di Bawah.
email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
phoneMAIPk Daerah Ipoh > 05-2084119
                                              05-2084120
phonePemasaran > 05-2084100
                               05-2084149
phoneAgihan Zakat > 05-2084003
                                  05-2084130
phoneWakaf  > 05-2084009
                        05-2084127
phone Hibah > 05-2084026
                       05-2084084




Borang Aduan & Cadangan

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

KPE
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan dilimpahi rahmat dan redha Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Pengunjung yang saya hormati,

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari portal rasmi ini.  Secara dasarnya, portal ini merupakan wadah dalam berkongsi maklumat kepada anda mengenai makluman, info , aktiviti dan program yang telah  dilaksanakan oleh pihak MAIPk.

MAIPk merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Perak. Secara umumnya MAIPk menjadi organisasi utama yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk mengurus  zakat dan wakaf di Negeri Perak. Dana zakat merupakan instrumen penting kepada lapan golongan asnaf yang perlu dibantu dengan pelbagai jenis bentuk dan skim bantuan yang telah MAIPk sediakan. Menjadi satu cabaran bagi MAIPk untuk membantu semua golongan asnaf terutama asnaf fakir dan miskin supaya dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, sejak tahun 2016, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) telah diwujudkan bagi menyediakan saluran sah untuk individu serta mana-mana organisasi berwakaf melalui MAIPk. Pewujudan WPAR   ini merancakkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Perak di samping dapat memajukan harta wakaf serta harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah. Terdapat empat bidang utama yang dilaksanakan menerusi WPAR iaitu keagamaan, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.  Sumbangan menerusi WPAR akan melibatkan projek dan program seperti Wakaf  Pembangunan Asrama Pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Wakaf  Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran, Wakaf  Pembinaan Pusat Haemodialisis , Wakaf Pembinaan Waqaf Business Centre (WBC), Wakaf Ilmu Program MUMTAZ, Wakaf Bot, Wakaf Dana Pembangunan Maahad Tahfiz dan Wakaf Tunai.

Kini dalam mendepani cabaran Revolusi Industri (IR 4.0), semua maklumat di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangunkan portal ini,  pelanggan MAIPk bukan sahaja boleh mengakses kepada maklumat yang dikehendaki, tetapi juga boleh memuat turun maklumat berkenaan. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan. 

Akhir kalam, saya yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan MAIPk akan berjalan dan dilaksanakan mengikut apa telah direncanakan.

Sokongan para pelayar dan pelanggan amat saya hargai dan sanjungi. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melayari portal rasmi ini dan menjadi harapan saya agar portal rasmi ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung  memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini dan relevan yang dapat memenuhi keperluan dalam dunia moden ini yang dapat memberi input kepada pelanggan dan semoga ianya mendapat manfaat kepada semua.  Pihak MAIPk mengalu-alukan sebarang Cadangan dan Maklum Balas daripada semua pihak agar penambaikan perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
 
Selamat melayari Portal Rasmi MAIPk.

Sekian, terima kasih.
 
Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

Pematuhan Piagam Pelanggan 2024



PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2024 MASIH DALAM PROSES KEMASKINI

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN DISEMAK SECARA BERKALA PADA SETIAP TAHUN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.