• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

TAHUKAH ANDA?

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menguruskan pelbagai sumber am untuk manfaat ummah?

Antara Sumber Am MAIPk ialah fidyah, kaffarah, harta tidak diwarisi, luqatah (harta tercicir), derma khairat, harta tidak patuh syariah dan pembangunan aset baitulmal.

Semua urusan kini lebih mudah & mesra pelanggan!

Klik pautan http://www.maipk.gov.my/ atau imbas kod QR untuk info lanjut

"ANDA BERI, KAMI URUS"


BENGKEL BACAAN PERATURAN-PERATURAN ZAKAT DAN FITRAH NEGERI PERAK 2024

IPOH, 28 November 2025 โ€“ Bahagian Undang-Undang, Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Bengkel Bacaan Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 2024 melibatkan sebahagian pegawai dan kakitangan MAIPk yang terlibat dalam menguruskan zakat.

Bengkel tersebut bertujuan memberikan pemahaman kepada pegawai dan kakitangan MAIPk berhubung Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 2024 yang telah mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2024.

Antara objektif bengkel termasuklah memberikan pemahaman asas undang-undang kepada pegawai dan kakitangan untuk diaplikasikan dalam pekerjaan harian.

MAIPk komited memastikan setiap pegawai dan kakitangan sentiasa bersedia dan berpengetahuan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam.




Tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐˜๐€๐๐ก๐ . ๐“๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ง๐ง๐ฎ๐š๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐ข atas pelantikan sebagai ๐๐ซ๐จ-๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐š, berkuat kuasa 1 September 2025 hingga 31 Ogos 2028.

Semoga kecemerlangan pendidikan negara terus diperkukuh melalui kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki beliau. Sesungguhnya pelantikan ini mencerminkan kewibawaan serta jasa besar beliau dalam memartabatkan pendidikan negara.

Tulus Ikhlas:
Ketua Pegawai Eksekutif
dan Warga Kerja
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak


PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK WAKAF DOBI LAYAN DIRI @ MMS

MAIPk melalui Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) terus melangkah ke hadapan dalam menyediakan kemudahan wakaf yang memberi manfaat kepada jemaah dan komuniti setempat.

Bagi tempoh 24 hingga 26 November 2025, kemajuan kerja telah mencapai 9%, seperti:
โœ…๏ธMerobohkan dinding, pintu, tingkap dan tandas.
โœ…๏ธUbah suai struktur bangunan termasuk pembinaan tapak konkrit, merata melepa dan penyempurnaan lantai.

Kemudahan Dobi Layan Diri Wakaf ini bakal memudahkan jemaah, pelajar serta masyarakat sekitar.

๐‰๐จ๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ข๐ง๐ข!
Setiap wakaf yang disumbangkan bukan sekadar sebuah kemudahan, tetapi menjadi sumber pahala yang terus mengalir tanpa henti.

Imbas kod QR untuk berwakaf sekarang.

Moh kome kita berwakaf!


Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan MAIPk 2025

IPOH, 28 November 2025 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini meraikan kejayaan para pelajar cemerlang melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025. Program ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kewangan MAIPk, Encik Mohd Said bin Mohd Rais, seterusnya menyampaikan sumbangan dan tajaan kepada para pelajar.

Sebagai tanda penghargaan, MAIPk telah menyumbangkan hadiah komputer riba kepada pelajar yang memperoleh keputusan 8A hingga 12A dalam SPM 2024. Seramai 76 orang daripada 315 pelajar tajaan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal dipilih menerima hadiah ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM430,680.00.

Selain itu, MAIPk turut menaja 26 orang mahasiswa cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Dermasiswa Bidang Profesional Dalam Negara. Bagi tahun 2025, MAIPk memperuntukkan sebanyak RM1,667,400.00, merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup RM600 sebulan sehingga tamat pengajian.



ย 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.