• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk ANJUR KURSUS PENSIJILAN HALAL UNTUK USAHAWAN ASNAF PROPER A

IPOH, 21 November - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Malayu Perak (MAIPk) sekali lagi mengambil inisiatif bagi tujuan pengembangan dan kebolehpasaran produk usahawan asnaf dengan menganjurkan Kursus Pensijilan Halal.

Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 November bertempat di Digital Perak Hub Inovasi dan Multimedia disertai oleh 30 usahawan di bawah bimbingan MAIPk yang telah mempunyai produk sendiri hasil program pembangunan ekonomi asnaf sebelum ini.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu buat peserta dalam mengetahui kaedah dan cara serta perkara yang bersangkutan bagi menghasilkan produk yang menepati pengiktirafan halal.
Semoga dengan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh MAIPk, dapat dimanfaatlan sepenuhnya oleh semua usahawan dan menjadikan produk keluaran mereka mendapat tempat di pasaran dan meyakinkan pengguna untuk mendapat produk yang halal lagi suci.

Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengurus Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPk, En.Amirudin bin Osman. Ujarnya lagi, MAIPk akan terus memastikan agar setiap usahawan yang dilahirkan akan terus diberi bimbingan dan pendedahan sehingga usahawan ini benar-benar berjaya seterusnya menjadi pembayar zakat satu ketika nanti.

Terima kasih pembayar zakat
Zakat anda Harapan Mereka



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.