Skuad Prihatian Asnaf MAIPk Santuni Mangsa Banjir
BAGAN SERAI, 1 Disember- Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai, En. Mohd Fazly bin Mohd Yusof hari ini, turun padang menyantuni 6 buah rumah yang dinaiki air bersama Skuad Prihatian Asnaf MAIPk. Beliau turut menyampaikan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
Semoga saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir ini tabah dan kuat serta sentiasa berada dalam lindungan Allah.







