BENGKEL RETREAT BPPMW MAIPk 2024 : MENGORAK LANGKAH KE ARAH PENSTRUKTURAN ORGANISASI & HALA TUJU PENGUKUHAN SUMBER AM DAN WAKAF.
Port Dickson, N.Sembilan |
02-04 Disember 2024
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW), MAIPk telah mengadakan Bengkel Retreat Penstrukturan BPPMW selama 3 hari 2 malam melibatkan 58 orang pegawai & pekhidmat MAIPk serta 9 orang pekhidmat daripada syarikat milik MAIPk, Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. (PSB)
Bengkel ini memfokuskan kepada 3 elemen dan objektif utama :
i. Memperkukuhkan struktur organisasi;
ii. Menerokai potensi sumber hasil yang baharu; dan
iii. Mengeratkan ukhuwah & kerjasama antara pekhidmat MAIPk dan syarikat.
Pelbagai slot dan pengisian telah dijalankan sepanjang bengkel ini berlansung. Antaranya adalah seperti berikut :
i. Sesi amanat khas daripada KPE MAIPk;
ii. Sesi perkongsian perancangan PSB terhadap tanah-tanah milik MAIPk yang berpotensi;
iii. Aktiviti 'Teambuilding';
iv. Solat Berjemaah dan sesi tazkirah;
v. Sesi percambahan minda penambahbaikan struktur organisasi BPPMW; dan
vi. Kuiz spontan bagi menguji kefahaman peserta bengkel.
Majlis perasmian penutup bengkel retreat ini telah disempurnakan oleh Pn. Wan Maizura binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk. Turut bersama sepanjang bengkel ini adalah En. Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Besar BPPMW.
MAIPk sebagai pihak berkuasa utama dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Perak, terus komited untuk membantu masyarakat menerusi tiga objektif iaitu memartabatkan institusi zakat, mentadbir harta baitulmal dan wakaf, serta menjana kualiti, budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang sistematik.
Semoga iltizam ini akan dapat direalisasikan hasil kerjasama berpasukan dan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.