PROGRAM ONE STOP CENTRE (OSC) SEJAHTERA SOSIAL NEGERI PERAK DAERAH BATANG PADANG DAN MUALLIM
SUNGKAI, 17 Disember - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) terlibat sebagai pempamer bagi Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak yang diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia.
Program OSC ini menghimpunkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung bagi memudahkan rakyat kepada akses pelbagai bentuk bantuan dari pihak kerajaan. Pada program tersebut, Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri bin Mohamad turut dijemput menyampaikan maklumat berkaitan zakat dan wakaf.