• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

OPS PENYAMBUNGAN PAJAKAN TAPAK WAKAF SARAAN MASJID JAMEK PEKAN TG PIANDANG

Parit Buntar - 19.12.2024 (Khamis)

Team Unit Sewaan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW) dan MAIPk Daerah Parit Buntar telah mengadakan program siasatan ke lapangan, Ops Penyambungan Pajakan Tanah Wakaf Saraan bagi Masjid Jamek Pekan Tg Piandang.

Program yang diketuai oleh A.F. Ust. Muhammad Isyraf Danial bin Mazlan, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar ini mendapatkan kerjasama penuh daripada pengerusi & ahli jawatankuasa kariah masjid berkenaan sepanjang berurusan dengan penduduk di sekitar.

Pihak MAIPk telah menyantuni kesemua 44 orang penghuni tapak tanah wakaf saraan tersebut bagi tujuan memantau dan melengkapkan maklumat setiap ketua isi rumah penduduk di tanah berkenaan sebelum proses penyambungan pajakan tanah dapat diselesaikan.

Hasil manfaat daripada kutipan pajakan tanah wakaf saraan kelak akan diagihkan semula kepada akaun masjid berkenaan untuk tujuan aktiviti pengimarahan & menampung kos pengurusan masjid.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kepimpinan masyarakat setempat & semua pihak yang turut membantu serta memberikan kerjasama bagi menyelesaikan tugas program tersebut.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.