Program Khatan Pedalaman Untuk Anak-Anak Asnaf Fakir, Miskin Dan Anak Yatim
Sekitar Program Khatan Pedalaman untuk Anak-Anak Asnaf Fakir, Miskin dan Anak Yatim anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak di Kampung Chadak, Ulu Kinta, yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini hari ini.
Program ini melibatkan 52 kanak-kanak terdiri daripada Orang Asli, anak yatim dan golongan asnaf berusia antara 6 hingga 14 tahun.