• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM3,240,255.33

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,240,255.33 daripada lapan syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Penyerahan zakat perniagaan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Presiden Angkasa, YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan jumlah RM355,528.73. Disusuli, Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Operasi, Tuan Mohd Khairiri bin Mohamed Zubir sebanyak RM215,840.00.

Ia diikuti Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd diwakili oleh  Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Amirul Hakim bin Abdullah berjumlah RM1,099,504.99. Kemudian, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwakili oleh  Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan jumlah RM100,000.00.

Sementara itu, UAC Berhad diwakili oleh General Manager Government, Regulatory Affairs & Stakeholder Management, Tuan Mohd Najib bin Mohd Seth sebanyak RM 576,015.33. Manakala Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Haji Salleh Hudin bin Kamarudin berjumlah RM582,424.23

Seterusnya, Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Tuan Haji Mohd Zamnuri bin Abidin dengan jumlah RM186,942.05. Majlis penyerahan zakat diakhiri Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd diwakili oleh General Manager, Tuan Muhammad Tareq bin Mamat sebanyak RM124,000.00

Majlis turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, YABhg. Dato’ Dr. Syed Jaafar bin Syed Aznan, Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra, YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Dato’ Mohamed Hashim. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, YBhg. Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja, YBhg. Dato’ Seri Diraja Tan Sri Haji Ramli Bin Ngah Talib, YABhg. Jen. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed, Presiden Asia e- University, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk, YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.