Peserta Program Perbidanan MAIPk Akhiri Fasa Latihan Selama 6 Bulan Melalui Program Khidmat Sosial
26 DISEMBER 2023 - D Alam SPA selaku penyedia latihan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf 2023 (PROPER A) bagi Kursus SPA & Kecantikan; Perbidanan telah menganjurkan aktivitinya yang terakhir iaitu Program Khidmat Sosial di Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (PEKITA), Lahat.
Program ini berjaya menyantuni warga emas yang memerlukan servis urutan, manicure, pedicure serta menggunting rambut oleh peserta PROPER A MAIPk bermula Julai 2023 - Disember 2023.
Alhamdulillah, semua peserta telah berjaya menjana pendapatan lumayan hasil bimbingan selama 6 bulan sekaligus meningkat serta memperkasa sosio ekonomi ummah.
Peserta juga turut menyumbang barangan berbentuk makanan dan keperluan harian seperti kain batik, kain pelikat, telekung dan lain-lain lagi.
Semoga usaha murni yang dijalankan ini menjadi pencetus semangat serta inspirasi kepada peserta lain seterusnya berjaya menjadi salah seorang pembayar zakat di MAIPk.
Jom dapatkan 100% rebat cukai pendapatan LHDN sebelum atau pada 31 Disember 2023. Sila layari link di bawah untuk urusan pembayaran zakat melalui FPX di https://ezakat.maiamp.gov.my/