KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR
IPOH, 3 Oktober - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Wakaf Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor , YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof.
Dalam kunjungan hormat ini, antara yang dibincangkan adalah perkongsian maklumat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan mal dan wakaf.





