TAHNIAH! 12 PELATIH TAJAAN MAIPk TAMAT KURSUS MOBILE CRANE
SINTOK, 14 Disember - Seramai 12 pelatih Kursus Mobile Crane tajaan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berjaya menamatkan latihan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU) selama 3 bulan dengan kos keseluruhan berjumlah RM209,400.00.
Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh bersama Ketua Pegawai Eksekutif ABMWU, Tuan Mohd Nazri bin Haji Zakaria dan barisan pegawai pengurusan MAIPk hadir menyampaikan sijil tamat latihan kepada semua pelatih.
Delegasi MAIPk turut melawat pelatih Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa dengan Endorsen (PW2) seramai 9 orang. Kursus yang masih berbaki 12 bulan ini antara kursus berimpak tinggi dengan perbelanjaan dana zakat berjumlah RM405,720.00.
Harapan MAIPk semoga 12 orang pelatih yang ditaja ini berjaya menempa nama dalam industri sebagai pekerja mahir seterusnya memperkasa golongan asnaf supaya mereka berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.