PEMANTAUAN BERKALA HARTA WAKAF DALAM NEGERI PERAK
Daerah Batu Gajah & Kampar |
24 Disember 2024
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW) dengan kerjasama MAIPk Batu Gajah dan Kampar telah menjalankan pemantauan berkala di sekitar Daerah Batu Gajah dan Kampar dalam memastikan harta wakaf berkenaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik, mampu untuk mengoptimumkan hasil untuk manfaat penduduk Islam di Negeri Perak serta dimanfaatkan selaras dengan hasrat pewakaf.
Pemantauan ini diketuai oleh Pengurus Besar BPPMW, En. Suhaimi bin Yusoff dan turut dibantu oleh Pegawai Baitulmal Daerah Batu Gajah, En. Muhammad Zulzakwan dan Pegawai Baitulmal Daerah Kampar, En. Mohd Nazrul Hisham.
MAIPk akan terus komited dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan baik agar matlamat dalam meningkatkan hasil sumber am dan wakaf untuk memacu kemajuan ekonomi umat Islam di Negeri Perak.