BERKAT ZAKAT, MAJU BERZAMAN
Khamis (26 Disember 2024) -
Zaman Motors, sebuah syarikat perniagaan menjual kereta mewah yang tidak asing di Ipoh, Perak.
Alhamdulillah, dengan sokongan penuh syarikat ingin terus membantu asnaf di Perak dan penerangan terperinci berkaitan taksiran zakat perniagaan yang telah disampaikan oleh Eksekutif SBU Zakat Perak Al-Ridzuan MAIPk, Puan Amirah dan Cik Liyana, pihak Zaman Motors Group bersetuju untuk mengeluarkan zakat perniagaan mereka sebanyak RM124,311.00.
Semoga zakat yang dikeluarkan ini memberi keberkatan kepada perniagaan dan menjadi asbab untuk terus maju dalam industri. Asnaf tidak pernah terpinggir, ada muzakki yang sentiasa mendampingi.
Jom kongsi rezeki kepada yang memerlukan! Tunaikan zakat di https://ezakat.maiamp.gov.my sekarang. Bayar online sekejap jer, 5 minit selesai.