• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN DAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI ISLAM DAERAH GERIK

MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN DAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI ISLAM DAERAH GERIK

Gerik, 13 Januari – Majlis Penyerahan Pakaian dan Kelengkapan Persekolahan Murid Orang Asli Islam Daerah Gerik menjadi pembuka tirai bagi program agihan zakat tahun 2025. Seramai 207 orang murid Orang Asli Islam Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik mengukir senyuman menerima pakaian dan kelengkapan persekolahan yang disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi.

Pada tahun 2024, Program Penyerahan Pakaian dan Kelengkapan Persekolahan Murid Orang Asli Islam telah diadakan di Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Kampar. Manakala tahun 2025, program ini diperluaskan lagi di Daerah Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar dan Tapah melibatkan seramai 1,522 orang penerima dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan hampir RM300,000.00.

Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Encik Mohd Zamarol bin Ahmad , Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar dan Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Tuan Haji Zul-Azri bin Hosaini.

Semoga dengan usaha ini mampu meringankan beban keluarga, memastikan pelajar Orang Asli mempunyai kelengkapan pakaian persekolahan yang mencukupi serta meningkatkan semangat pelajar untuk memulakan tahun persekolahan dengan lebih yakin.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.