• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • SEMINAR MOTIVASI DAN HALATUJU USAHAWAN MAIPk SIRI 1/2025

SEMINAR MOTIVASI DAN HALATUJU USAHAWAN MAIPk SIRI 1/2025

IPOH, 7 Mei 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited memperkasa ekonomi asnaf dengan menganjurkan Seminar Motivasi dan Halatuju Usahawan MAIPk Siri 1/2025 selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Mei 2025.

Seminar ini memberi penekanan kepada topik-topik penting dalam keusahawanan seperti perlindungan perniagaan, pengurusan kewangan, percukaian, pembayaran zakat, serta penghayatan konsep keberkatan dalam perniagaan.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan, kemahiran dan produktiviti para peserta agar mereka menjadi usahawan yang berilmu, berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing.

Seramai 50 orang usahawan terpilih di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) tahun 2024 telah menyertai seminar ini.

MAIPk menyasarkan agar para usahawan PROPER A bukan sahaja beroleh kejayaan dalam perniagaan, tetapi turut menjadi pembayar zakat serta bersedia mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan mapan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.