127 BELIA ASNAF TIMBA ILMU DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA – TAJAAN PENUH RM1.4 JUTA OLEH MAIPk
Ipoh, 2 Julai 2025 –Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam usaha memperkasa golongan asnaf menerusi bidang kemahiran yang menjurus kepada peluang pekerjaan dalam industri.
Seramai 127 orang belia asnaf telah memulakan langkah pertama dalam mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan melibatkan lima kursus utama iaitu: Pengendalian Mobile Crane, Pengendalian Tower Crane, Scaffolding, Steel Structure dan Kemahiran Tenaga Solar.
Kesemua peserta menerima tajaan penuh berjumlah RM1.4 juta daripada MAIPk.
Kesemua peserta menerima tajaan penuh berjumlah RM1.4 juta daripada MAIPk.
Majlis pelepasan peserta telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, dan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu kemahiran sebagai nilai tambah kepada individu dalam membina kerjaya yang cemerlang. Beliau turut menyeru para peserta agar tidak mensia-siakan peluang ini dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengubah masa depan keluarga.
Tambah beliau, program ini merupakan salah satu inisiatif MAIPk ke arah melahirkan asnaf yang berdikari dan berdaya saing dalam pasaran kerja.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia, Mohd Nazri bin Hj Zakaria, Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, dan Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Bakri bin Lee.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada perubahan hidup belia asnaf dan membuka jalan keluar daripada belenggu kemiskinan melalui bidang kemahiran.







