• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Bantuan disalur kepada mangsa kebakaran di Pasir Salak

Bantuan disalur kepada mangsa kebakaran di Pasir Salak

PASIR SALAK, 7 Julai 2025 – Prihatin terhadap nasib mangsa musibah, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kampung Gajah telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran di Kampung Kepala Pulau, Pasir Salak bagi menyampaikan sumbangan berjumlah RM500.00 kepada dua beradik yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Kebakaran yang berlaku pada jam 12.10 pagi, 5 Julai lalu telah mengakibatkan kemusnahan 100% terhadap kediaman pusaka milik arwah datuk mereka. Mangsa, Mohamed Noor bin Salleh, 70 tahun, seorang pesara Felcra, dan kakaknya yang merupakan pesara guru, kini tinggal sehelai sepinggang tanpa tempat berteduh.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan MAIPk dalam menyantuni mereka yang ditimpa musibah, selaras dengan peranan institusi zakat dalam membantu golongan memerlukan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberikan kekuatan buat mereka untuk bangkit meneruskan kehidupan.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.